Gigih Peminat Edit! Video Suntingan ‘Majlis Nikah’ Bella Astillah & Syed Saddiq Tular, Ramai Titip Doa Semoga Bersatu

Gigih Peminat Edit! Video Suntingan ‘Majlis Nikah’ Bella Astillah & Syed Saddiq Tular, Ramai Titip Doa Semoga Bersatu

Keakraban antara pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, terus menjadi sorotan di media sosial.

Kemesraan mereka bukan sahaja mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan peminat, malah turut mendapat ‘restu’ daripada rakan-rakan selebriti.

Malah, wujud tanda pagar khas, #BASS, yang menggabungkan nama mereka berdua sebagai simbol keakraban.

Terkini, sebuah perkongsian tular di platform TikTok memaparkan video suntingan momen-momen mesra antara Bella dan Saddiq yang seolah-olah majlis perkahwinan mereka.

Menariknya, video tersebut turut disertakan dengan suara latar daripada pasukan emcee Sutrajiwa, menjadikannya lebih menyentuh perasaan.

Di ruangan komen, ramai netizen teruja dengan gandingan mereka serta menitipkan doa agar hubungan mereka benar-benar bersatu dalam ikatan yang sah.

Ada juga yang menganggap mereka sebagai pasangan serasi dan berharap agar ‘suntingan’ ini menjadi realiti suatu hari nanti.

@iammiyi

Tumpang berangan kejap 🤭 #bellastillah #syedsaddiq #fyp

♬ original sound – Chan MiYi 🐢☘️ – Chan MiYi 🐢☘️

Scroll to Top