GIMNAS negara, Rachel Yeoh menambah koleksi pingat emas negara apabila memenangi acara Women’s Uneven Bars bagi kategori gimnastik artistik di gimnasium Quan Ngua, Hanoi petang Ahad.
Rachel mencatat 13.000 mata bagi menewaskan pencabar-pencabar lain bagi acara berkenaan.
Dalam pada itu, bagi acara akhir Pommel Horse (lelaki), Tan Fu Jie dan Muhammad Sharul Aimy masing-masing meraih pingat perak dan pingat gangsa.
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang




