GISBH tidak pernah bayar zakat – Maidam

GISBH tidak pernah bayar zakat – Maidam

zatuliffah@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) mengesahkan GISB Holdings (GISBH) yang beroperasi di negeri ini tidak pernah membayar zakat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof Madya Dr Ahmad Azrin Adnan berkata, semakan dibuat mengesan terdapat beberapa perniagaan yang dijalankan syarikat itu di Terengganu.

“Bagaimanapun Maidam tidak pernah menerima sebarang jenis bayaran zakat termasuk daripada perniagaan restoran mahupun kedai bakeri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, premis perniagaan milik syarikat berkenaan yang berada di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus dilapor sudah menutup operasi sejak minggu lalu.

Bermula 11 Sept lalu, pihak polis yang melancarkan Op Global menggandakan penguatkuasaan selepas menyerbu 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan, dikaitkan dengan GISBH yang dipercayai terbabit kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top