GL Play meriahkan penutup 2025, tawar pelbagai aktiviti untuk pengunjung keluarga

GL Play meriahkan penutup 2025, tawar pelbagai aktiviti untuk pengunjung keluarga

Kuala Lumpur: GL Play by Gamuda Land kembali memeriahkan tahun baharu dengan pelbagai aktiviti menarik penuh aksi dan kejutan.

Bermula 5 Disember 2025 hingga 11 Januari 2026, setiap hujung minggu bakal dipenuhi dengan keseronokan bertenaga tinggi di lokasi tumpuan utama iaitu SplashMania, FunPark, Discovery Park dan Paya Indah Discovery Wetlands (PIDW).

Pengurus Besar Kanan Leisure & Hospitality Gamuda Land, Uong Ve Lyn berkata, inisiatif yang disusun itu bertujuan menyatukan komuniti dan keluarga melalui ruang permainan yang unik serta inklusif.

Katanya, promosi istimewa ‘Jingle Thrills’ dan ‘Jingle Rides’ serta acara sambutan tahun baharu pada 31 Disember lalu bermatlamat mencipta detik bermakna dan kenangan indah buat pengunjung sambil melangkah ke tahun 2026.

Bagi memulakan kemeriahan musim percutian, GL Play memperkenalkan pakej ‘Jingle Thrills’ secara dalam talian yang menawarkan akses ke tiga taman tema iaitu SplashMania, Discovery Park dan PIDW dalam satu harga bermula RM135.

Manakala bagi pengunjung yang hadir secara terus, promosi ‘Jingle Ride’ menawarkan pembelian tiket tunggangan kedua serendah RM1 di FunPark, Discovery Park atau PIDW, sesuai untuk mereka yang mahukan lebih kepuasan.

Sementara itu, di Gamuda Cove pula, ‘Cove Vibes Market’ akan mengambil tempat di TownSquare dengan lebih 45 gerai jualan serta penampilan maskot kegemaran kanak-kanak seperti Baby Shark, Robocar Poli dan Pikachu pada tarikh terpilih.

Sekitar 4,000 pengunjung membanjiri SplashMania untuk sesi Night Splash pada malam tahun baharu yang menampilkan pertunjukan bunga api yang memukau sebagai penutup tirai 2025.

Tiket Night Splash dijual bermula pada harga RM55.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top