GM semakin hampir sertai F1?

GM semakin hampir sertai F1?

New York: Sebuah bidaan yang disokong oleh General Motors (GM) untuk masuk ke dalam Formula Satu (F1) sebagai pasukan ke-11 pada tahun 2026 kini semakin berpeluang untuk diterima selepas ditolak sebelum ini, menurut beberapa sumber.

F1 yang dimiliki Liberty Media menolak bidaan Andretti pada Januari, kerana meragui kemampuan pasukan berkenaan untuk bersaing atau memberi nilai tambah.

Bagaimanapun, mereka membuka peluang untuk tahun 2028 apabila GM boleh menyediakan enjin.

Jawatankuasa Kehakiman Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) juga memulakan siasatan mengenai kemungkinan ‘perilaku anti persaingan’.

“Keadaan berubah selepas Michael Andretti, bekas pelumba F1 dan juara CART 1991 serta anak kepada juara F1 1978, Mario Andretti, mengumumkan pada bulan September bahawa beliau akan mengurangkan peranan operasinya dalam Andretti Global.

Andretti kini menjadi penasihat dan masih terbabit dalam projek F1, menyerahkan tanggungjawab kepada rakan perniagaannya, Dan Towriss, yang berada di padock Las Vegas menjelang Grand Prix hujung minggu ini – yang ketiga di AS tahun ini.

Liberty Media juga mengalami perubahan, dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Greg Maffei, akan meletak jawatan pada hujung tahun ini.

Pasukan-pasukan kini lebih terbuka dengan syarat ada manfaat yang jelas untuk sukan ini.

“Jika sebuah pasukan boleh memberi sumbangan kepada kejuaraan, terutamanya jika GM masuk sebagai pemilik pasukan, itu cerita yang berbeza,” kata ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff.

“Selagi ia kreatif dan membantu mengembangkan populariti dan pendapatan sukan ini, tiada pasukan akan menentangnya,” tambahnya.

Namun, Wolff menegaskan bahawa pasukan bukanlah yang membuat keputusan akhir.

Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) meluluskan permohonan ini tahun lalu sebelum menyerahkannya kepada F1 untuk pertimbangan lanjut.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top