Sunderland: Sunderland meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Newcastle United dalam aksi seteru Tyne–Wear yang berlangsung di Stadium of Light, malam tadi, hasil jaringan sendiri malang Nick Woltemade.
Pertemuan Liga Perdana Inggeris itu adalah yang pertama antara dua pasukan berkenaan dalam hampir sedekad dan berlangsung dalam suasana tegang seperti dijangka.
Selepas babak pertama berakhir tanpa jaringan, Sunderland memperoleh gol kemenangan seawal satu minit babak kedua apabila percubaan Woltemade untuk mengeluarkan bola menerusi tandukan tersasar ke gawang sendiri.
Aksi separuh masa pertama turut menyaksikan pertahanan Newcastle, Dan Burn, terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan dada sebelum dikejarkan ke hospital.
Newcastle bergelut untuk mencipta peluang berbahaya sepanjang perlawanan dan hampir tidak mengancam kubu tuan rumah ketika Sunderland mempertahankan kelebihan dengan disiplin tinggi.
Kemenangan itu memastikan Sunderland kekal tanpa kalah di laman sendiri, selain melonjak ke tangga ketujuh liga dengan 26 mata, berkongsi mata dengan Liverpool di tempat keenam.
Sebaliknya, Newcastle kekal di kedudukan ke-12 dengan 22 mata.
© New Straits Times Press (M) Bhd




