London: Grand Prix (GP) Formula 1 Belgium di Litar Spa-Francorchamps akan kekal dalam kalendar perlumbaan sehingga 2031 selepas bersetuju dengan kontrak lanjutan.
GP Belgium akan berlangsung pada musim 2026, 2027, 2029 dan 2031 manakala perlumbaan tahun ini sudah pun disahkan pada 27 Julai. T
Venue untuk 2028 dan 2030 masih belum disahkan dengan calon berpotensi di Eropah ketika sukan itu memperkenalkan sistem penggiliran berbanding format 24 perlumbaan.
“Spa-Francorchamps sangat dialu-alukan oleh pemandu dan penyokong kerana ia antara litar paling sempurna di dunia dan menjadi saksi beberapa detik mengagumkan di F1,” kata Presiden F1, Stefano Domenicali.
“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kemudahannya dipertingkatkan dan saya memuji promoter dan kerajaan Wallonia di atas sokongan padu Formula Satu di Belgium.”
Imola di Itali dan GP Sepanyol di luar Barcelona kedua-dunya berdepan masa yang depan yantg tidak pasti dengan Madrid dijangka menganjurkan perlumbaan pada 2026 sehingga 2035.
Kontrak Imola tamat pada 2026 dengan perlumbaan utama Itali berlangsung di Monza yang disahkan sehingga sekurang-kurangnya 2031.
© New Straits Times Press (M) Bhd