Zurich: Grace Brown dari Australia menambah gelaran juara dunia ujian masa individu selepas memenangi pingat emas Olimpik sebelum ini, menjadi pelumba berbasikal wanita pertama yang menyelesaikan gelaran berganda pada tahun yang sama.
Pelumba Belanda, Demi Vollering, terpaksa berpuas hati dengan perak sekali lagi selepas kecewa di tempat kedua dalam Tour de France Wanita sebelum ini, menamatkan perlumbaan 16 saat (s) di belakang dalam laluan 29.9 kilometer (km) di tepi Tasik Zurich.
Juara bertahan Chloe Dygert dari Amerika Syarikat (AS) meraih gangsa dengan ketinggalan 56s di belakang pemenang.
Grace, yang berusia 32 tahun, menegaskan bahawa dia tetap akan bersara pada akhir musim ini selepas menjadi wanita Australia pertama yang memenangi gelaran ujian masa individu dunia.
“Saya masih akan bersara selepas musim ini,” tegasnya, sambil menolak untuk berlumba pada 2025 dengan jersi gelaran dunia pelangi dan helmet emas Olimpik.
“Pengalaman di Olimpik memberi saya keyakinan dan saya berkata pada diri sendiri, ‘Saya boleh menjadi juara dunia.’
“Saya berada dalam keadaan tenang dan yakin.”
© New Straits Times Press (M) Bhd




