Greece tolak penglibatan dalam operasi ketenteraan di Selat Hormuz

Greece tolak penglibatan dalam operasi ketenteraan di Selat Hormuz
Greece tolak penglibatan dalam operasi ketenteraan di Selat Hormuz

Greece tidak mempunyai rancangan untuk menyertai operasi ketenteraan di Selat Hormuz. Foto Agensi

ATHENS – Greece tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menyertai mana-mana operasi ketenteraan di Selat Hormuz, kata jurucakap kerajaan, Pavlos Marinakis pada Isnin, sambil menegaskan bahawa negara itu tidak berniat untuk terlibat dalam peperangan, lapor Xinhua.

Bercakap dalam taklimat rutin, Marinakis berkata, penglibatan semasa Greece dalam Operasi Perisai Kesatuan Eropah adalah “terhad secara geografi di Laut Merah dan tidak melibatkan Selat Hormuz”.

Beliau berkata, hanya kapal dari Greece dan Itali sedang menyertai operasi berkenaan, yang bertujuan untuk melindungi perkapalan komersial di wilayah itu.

Marinakis berkata, Greece sentiasa menyokong penerapan undang-undang antarabangsa secara sejagat.

“Kami sama sekali tidak berniat untuk terlibat dalam peperangan,” katanya.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Ahad berkata, beliau telah “meminta” beberapa negara yang sangat bergantung kepada bekalan minyak dari Asia Barat untuk menyertai satu gabungan bagi mengiringi kapal melalui Selat Hormuz, namun tidak menamakan negara-negara yang sedang dirundingi oleh Rumah Putih. – Bernama-Xinhua

 

 

 

Ringkasan AI

  • Greece tidak mempunyai rancangan untuk menyertai operasi ketenteraan di Selat Hormuz
  • Penglibatan Greece dalam Operasi Perisai Kesatuan Eropah terhad geografi di Laut Merah dan tidak melibatkan Selat Hormuz
  • Hanya kapal dari Greece dan Itali yang menyertai operasi untuk melindungi perkapalan komersial di wilayah itu
  • Greece sentiasa menyokong penerapan undang-undang antarabangsa
  • Greece tidak berniat untuk terlibat dalam peperangan
Scroll to Top