Greenwood atasi rekod Rooney

LONDON – Penyerang muda sensasi Manchester Uniterd, Mason Greenwood mengatasi rekod yang dicipta legenda kelab, Wayne Rooney apabila muncul  pemain remaja bawah usia 20 tahun menjaringkan lebih 15 gol dalam satu musim.

Dalam lima liga utama Eropah pula, Greenwood berkongsi jumlah jaringan bersama pemain sayap Borrusia Dortmund, Jadon Sancho untuk merekodkan pemain remaja paling produktif menjaringkan 15 gol.

Greenwood mula terlibat dalam pasukan utama United selepas sentiasa mendapat minit permainan yang cukup di bawah pengurus Ole Gunnar Solskjaer.

Musim lalu, pemain berusia 19 tahun itu telah mencatatkan keseluruhan 12 gol dan empat assist untuk Red Devils dalam semua pertandingan.

Dia pernah dianggap sebagai watak pemusnah seperti Robin van Persie yang baharu untuk United dan ramai mengakui bekas pemain Akademi United itu adalah bakat semula jadi yang sangat istimewa. – MalaysiaGazette