Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengakui mempunyai pelbagai panggilan manja buat tunangnya yang juga penyanyi dan pelakon, Bella Astillah.
Bagaimanapun, Syed Saddiq, 31, berkata tidak semua panggilan itu wajar dikongsi kepada umum kerana ada yang bersifat peribadi.
“Saya ada banyak panggilan (manja) untuk Bella. Ada yang rahsia, awak semua tidak perlu tahulah.
“Antara yang pernah dikongsi ialah ‘Grumpy Munchkin’ dan ada banyak lagi,” katanya ketika bersiaran langsung di TikTok.
Dalam masa sama, Syed Saddiq menjelaskan hubungan mereka tidak hanya diterjemahkan melalui panggilan manja, sebaliknya lebih kepada tindakan dan rutin harian yang mengeratkan hubungan.
“Kami tunjukkan kasih sayang dengan pelbagai cara, bukan hanya melalui panggilan, tetapi juga melalui tindakan.
“Kadang-kala, aksi adalah cara terbaik untuk menyampaikan perasaan,” katanya.
Ditanya mengenai siapa yang meluahkan perasaan terlebih dahulu, Syed Saddiq memilih untuk tidak berkongsi perkara itu buat masa ini.
“Kalau awak semua tahu cerita ini memang lawak, tapi saya akan kongsikan pada masa yang lebih sesuai.
“Ia menunjukkan betapa ‘skemanya’ saya,” katanya berseloroh.
Pada 28 Mac lalu, Bella sah bergelar tunang kepada Syed Saddiq dalam sebuah
majlis tertutup.
© New Straits Times Press (M) Bhd




