GSF 2.0: Misi belum berakhir! Haroqs seru rakyat Malaysia bersatu, yakin boleh sampai G

GSF 2.0: Misi belum berakhir! Haroqs seru rakyat Malaysia bersatu, yakin boleh sampai G

Pempengaruh yang juga aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0, Muhammad Hareez Adzrami atau dikenali Haroqs menyeru agar rakyat Malaysia bersatu mengeluarkan suara dalam usaha menyokong perjuangan kemanusiaan untuk Palestin.

Menerusi hantaran dimuat naik di platform Threads, pemuda berusia 26 tahun itu menzahirkan harapan agar solidariti rakyat Malaysia terus diperkukuh, selain menggesa orang ramai memainkan peranan masing-masing bagi memastikan misi berkenaan mendapat perhatian masyarakat antarabangsa.

Dalam masa sama, beliau turut memaklumkan bahawa usaha menghantar bantuan kepada kanak-kanak di Gaza masih diteruskan, termasuk bekalan makanan seperti coklat sebagai tanda sokongan dan keprihatinan.

“Saya seru rakyat Malaysia semua bersatu mengeluarkan suara anda semua. Misi belum lagi selesai !! Ayuh, Malaysia untuk Palestin! Kami perlukan kamu dan semua di seluruh dunia yang bersama Palestin.
“Ayuh kita lakukan ini! Gen Z tak lemah. Gen Z akan terus sampai titik terakhir,” katanya.

Perkongsian itu turut memaparkan beberapa kotak barangan serta beg yang dipercayai berisi sumbangan, selain satu bungkusan besar coklat yang dikatakan akan dihantar kepada kanak-kanak di Gaza.

Sumber: Threads haroqs

Scroll to Top