Guan Eng Didakwa Terima RM2 Juta Dalam Beg Hitam

Guan Eng Didakwa Terima RM2 Juta Dalam Beg Hitam

Ahli perniagaan, G Gnanaraja mengejutkan ramai apabila mendedahkan bagaimana dirinya dijadikan orang tengah untuk menyerahkan wang tunai berjumlah RM2 juta kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Katanya, duit itu diserah dalam dua beg hitam, disimpan dalam bilik berkunci, dan salah satu daripadanya diserah terus kepada Guan Eng, semuanya berlaku dalam tempoh tiga hari.

Ini pengakuan penuh yang dibacakan di Mahkamah Sesyen semalam dalam perbicaraan kes rasuah projek mega terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.34 bilion.

Guan Eng didakwa minta tubuhkan syarikat dan buka akaun bank…

Ohmedia lim guan engpng

Menurut Gnanaraja, syarikat miliknya, Bumi Muhibah Capital Holding Sdn Bhd ditubuhkan atas permintaan Guan Eng, termasuk pembukaan akaun bank.

Ahli Parlimen Bagan itu juga menyuruhnya untuk menyediakan dan membuka akaun bank syarikat berkenaan yang ditubuhkan pada 10 Ogos 2016.- Katanya.

Syarikat itu hanya ada satu akaun di CIMB Bank dan hanya Gnanaraja sendiri boleh membuat pengeluaran wang.

Datuk Zarul Ahmad, bekas Pengarah Consortium Zenith Construction, memilih Gnanaraja sebagai perantara sebab yakin dengan dia dan tahu dia tak terlibat dengan mana-mana parti pembangkang.

Kesemua permintaan bagi penyediaan syarikat dan akaun bank berlaku ketika beliau berada bersama Guan Eng di dalam kereta, dalam perjalanan ke pusat beli belah Publika di Jalan Dutamas.

Duit RM2 juta diserah dalam dua beg gelap…

Guan Eng

Gnanaraja menceritakan bagaimana dia terima wang itu pada 18 Ogos 2017, lepas dipanggil ke Hotel Eastin oleh Zarul Ahmad.

Zarul Ahmad turun dari kereta dan mengeluarkan dua beg berwarna gelap dan terus meletakkan ke dalam bonet kereta saya. Beliau mengatakan ‘1M’ (sambil meletakkan beg pertama) dan ‘1M’ (sambil meletakkan beg yang kedua).

Saya melihat di dalam beg tersebut terdapat ikatan wang tunai RM100 yang banyak.

Pada pagi 20 Ogos 2017, Zarul Ahmad arah Gnanaraja bawa salah satu beg berisi RM1 juta untuk diserahkan kepada Guan Eng di Kuala Lumpur.

Saya melihat Guan Eng yang memakai baju rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang berwarna putih berlogo kerajaan negeri Pulau Pinang berjalan masuk ke dalam kereta Zarul Ahmad.

Guan Eng ada beritahu saya, sebenarnya beliau ingin mengaturkan pertemuan saya bersama seorang individu bernama Datuk Ewein terlebih dahulu tetapi beliau ingin duduk bersama saya dahulu untuk membincangkan urusan kewangan sulit yang akan disalurkan kepadanya.

Guan Eng semak sendiri borang 49…

Guan Eng

Beberapa hari selepas itu, Guan Eng datang ke rumah Gnanaraja untuk lihat dokumen syarikat.

Beliau ingin melihat borang itu untuk mendapatkan keyakinan atas segala urusan pengurusan dan penyediaan dokumen syarikat khususnya borang itu.

Ini adalah kerana di dalam Borang 49 ini jelas menunjukkan bahawa kedua-dua pengarah syarikat adalah individu berbangsa Melayu.

Kes ini adalah sebahagian daripada perbicaraan rasuah melibatkan projek pembinaan jalan utama dan terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6.34 bilion.

Guan Eng didakwa atas tuduhan menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan sebanyak RM3.3 juta, dan juga minta suapan 10 peratus daripada keuntungan projek.

Selain itu, beliau turut berdepan dua lagi tuduhan berhubung pelupusan dua lot tanah kerajaan Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta kepada syarikat pemaju.

Semua kes ini sedang dibicarakan di hadapan Hakim Azura Alwi dan akan bersambung pada 19 Ogos ini.

Pssttt! Ohmedia harap korang semua sedar, bila ada kuasa, tanggungjawab tu besar. Jangan sesekali biar duit butakan hati sampai sanggup gadai integriti. Lambat-laun, semua akan terbongkar juga. Jaga amanah, jaga nama baik.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top