LONDON: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata pendahulu Liga Perdana itu mahu menandatangani penyerang pada penutup musim ketika kelab itu masih mencari pengganti untuk tempoh yang lama selepas pemergian Sergio Aguero.
Skuad kendalian Guardiola bermain tanpa penyerang tengah dikenali sepanjang kempen musim ini selepas pemain Argentina itu meninggalkan kelab pada penamat kempen musim lalu.
City juga gagal dalam beberapa cubaan mendapatkan penyerang England, Harry Kane dari Tottenham Hotspur.
“Saya rasa kelab perlukan penyerang, itu sudah pasti,” kata Guardiola kepada BBC menjelang pertemuan dengan tetangga, Manchester United tengah malam ini.
“Anda boleh kata kami bermain hebat tanpa penyerang kerana kami menang. Apabila kami tidak menang, anda kata kami perlukan penyerang.”
City mendahului liga dengan tiga mata berbanding Liverpool tetapi jumlah gol sedikit berbanding skuad kendalian Juergen Klopp.
Pasukan Guardiola menjaringkan 64 gol dalam 27 perlawanan setakat musim ini, tujuh kurang berbanding Liverpool. – REUTERS
© New Straits Times Press (M) Bhd




