Guna SPV serbu kediaman Datuk

Guna SPV serbu kediaman Datuk

mhafis@mediaprima.com.my

Pulau Pinang: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan bantuan anggota pasukan taktikal Anti Corruption Tactical Squad (ACTS) bagi menggempur kediaman pemilik syarikat besi buruk di Batu Maung di sini, semalam.

Pasukan itu yang menaiki kenderaan tujuan khas dipanggil SPV diubahsuai dengan kelengkapan dan ditambah sistem terkini sesuai dengan keperluan dalam pelaksanaan tugasan operasi semasa.

Sebaik tiba di kediaman terbabit, ACTS lengkap berpakaian seragam hitam dan bersenjata api menggempur masuk dan mengawal sekeliling kediaman terbabit yang dihuni keluarga ahli perniagaan bergelar Datuk dalam operasi Op Metal itu.

Untuk rekod, ACTS sudah menghadiri dan melengkapkan Kursus Advance Special Operations Training (ASOT) yang diiktiraf sebagai Subject Matter Expert (SME).

Ia turut mempelajari kemahiran Close Quarter Combat atau tempur jarak dekat dalam menyelamatkan mangsa daripada penjenayah.

Latihan sebegini penting untuk memastikan ACTS sentiasa siap siaga dan meningkatkan kemahiran serta kecekapan dari semasa ke semasa.

Mereka yang menamatkan latihan ini dianugerahkan beret ditauliah dan penerimaan pisau keramat serta tampalan bendera Malaysia dan lencana ACTS.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top