Gunung Semeru meletus lagi, kekal status siaga

Gunung Semeru meletus lagi, kekal status siaga
Gunung Semeru meletus lagi, kekal status siaga

Gunung Semeru di Indonesia yang terletak di sempadan Kabupaten Lumajang dan Malang di Jawa Timur, meletus beberapa kali pada Isnin.

JAKARTA – Gunung Semeru di Indonesia yang terletak di sempadan Kabupaten Lumajang dan Malang di Jawa Timur, meletus beberapa kali pada Isnin, mengeluarkan tiang abu sehingga 1,000 meter di atas puncaknya.

Pegawai Pos Pemerhatian Gunung Semeru, Sigit Rian Alfian berkata, gunung berapi itu merekodkan enam letusan sejak awal pagi dengan letusan terbaru berlaku pada jam 9.23 pagi waktu tempatan.

“Ketinggian tiang letusan diperhatikan sekitar 1,000 meter di atas puncak atau 4,676 meter dari aras laut, dan tiang abu berwarna putih hingga kelabu dengan intensiti tebal melayang ke arah barat dan barat laut,” katanya menurut Agensi Berita ANTARA, pada Isnin.

Gunung Semeru, puncak tertinggi di Pulau Jawa, kekal pada status Tahap III (Siaga/Amaran), mendorong Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bencana Geologi (PVMBG) Indonesia untuk mengenakan sekatan ke atas aktiviti awam. – Bernama

Scroll to Top