Gurauan pengantin baru, Da’i Syed seloroh nak kahwin ramai buat isteri merajuk

Gurauan pengantin baru, Da’i Syed seloroh nak kahwin ramai buat isteri merajuk

Pasangan pengantin baru, Da’i Syed dan juga personaliti TV Alhijrah, Hana Ismail telah pun selamat bergelar pasangan suami isteri pada 3 Disember tempoh hari.

Perkenalan singkat pasangan tersebut sebelum bersetuju untuk mendirikan rumah tangga menjadi perbualan netizen di media sosial.

Namun begitu, pasangan sama padan ini tetap mengambil segala komen netizen secara positif dan sempat berkongsi momen-momen kebersamaan di media sosial.

Terbaru, Da’i Syed atau nama sebenarnya  Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful telah melakukan live di aplikasi Instagram bersama Hana sambil membuat unboxing hadiah yang diterima sewaktu malis resepsi.

@anglemira.ak

sayang 😜 #daisyed #hanaalmauzah #sweets #fy #explore #mstaronlineofficial #fypシ゚viral #fypage #live

♬ original sound – randomvids!💕 – randomvids!💕

Walau bagaimanapun,gurauan Dai’i Syed telah membut kan banyak pihak ‘panik’ apabila mengatakan mahu berkahwin lagi  di depan isteri tersayang.

Dalam video terbabit, Hana sempat mendedahkan permintaannya yang mahu hanya dia sahaja isteri buat penceramah selebriti itu sewaktu di awal perkenalan.

@anglemira.ak

KISAH CINTA DAISYED #daisyed #hanaalmauzah #sweetcouple #fypシ #foryoupage #explore #mstar #fypシ゚viral

♬ original sound – randomvids!💕 – randomvids!💕

Namun, Da’i Syed sengaja bergurau mahu menambah isteri lagi sehingga Hana berubah air muka. ‘Drama’ tersebut berlangsung seketika sahaja kerana pemuda berusia 27 tahun itu segera memujuk isterinya.

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai maklum balas dari netizen yang turut menyedari perubahan air muka personaliti TV  terbabit.

Akan tetapi, masing-masing faham yang mereka sekadar berseloroh bagi memeriahkan lagi live mereka di media sosial.

 

 

 

 

 

Untuk rekod, Da’i Syed dan Hana Ismail telah semalat melangsungkan pernikahan pada 3 Disember 2022 selepas berkenalan beberapa jam.

Difahamkan mereka hanya bertemu dan berta’aruf sebelum melakukan solat istikharah selama 7 hari dan memutuskan untuk membawa perhubungan ke fasa yang lebih serius.

 

Sumber: TikTok @anglemira.ak

Scroll to Top