Guru Didakwa Lakukan Amang Seksual Dalam Kereta Dan Tandas

Guru Didakwa Lakukan Amang Seksual Dalam Kereta Dan Tandas

Oh! Tidak

Guru didakwa atas empat pertuduhan amang seksual terhadap murid lelaki di dalam kereta dan tandas.


Seorang guru lelaki berusia 51 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tuduhan serius melibatkan amang seksual terhadap murid lelaki berusia 11 tahun.

Insiden mengejutkan ini dilaporkan berlaku dalam kereta dan tandas awam sekitar Mac dan Mei tahun lalu.

Tertuduh, Syahril Faiza Zakaria, didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap murid yang sama di dua lokasi berbeza.

Untuk dua pertuduhan pertama, perbuatan itu dikatakan berlaku dalam sebuah kereta ketika mereka dalam perjalanan ke Pasaraya KB Mall sekitar jam 2 petang pada bulan Mac.

Guru turut didakwa lakukan di tandas pusat peranginan PCB…

Dua lagi pertuduhan menyebut guru berkenaan melakukan amang seksual di tandas sebuah pusat peranginan di Pantai Cahaya Bulan (PCB), pada waktu petang sekitar bulan Mei.

Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding di hadapan Hakim Zulkifli Abllah, Syahril Faiza mengaku tidak bersalah bagi semua pertuduhan tersebut.

Menariknya, pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad tidak menawarkan sebarang jaminan kerana melihat kes ini sangat serius dan melibatkan hubungan amanah antara tertuduh dan mangsa.

Mahkamah tetapkan jaminan RM30,000…

Bagaimanapun, peguam tertuduh, Mohd Saifullah Che Mat memohon supaya jaminan dibenarkan dengan alasan anak guamnya kini telah dipindahkan ke pejabat pendidikan daerah dan tidak lagi mengajar di sekolah.

Tambahnya, tertuduh juga masih bujang, tinggal bersama ibu bapa dan mengalami masalah jantung yang memerlukan rawatan berkala.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah memutuskan untuk membenarkan jaminan sebanyak RM30,000 bagi kesemua pertuduhan. Tertuduh turut diarahkan agar tidak mengganggu mana-mana saksi kes ini.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 10 September depan.

Pssttt! Ohmedia harap korang yang terlibat dalam dunia pendidikan atau mana-mana institusi yang melibatkan kanak-kanak, sentiasa amanah dan menjaga batas. Kanak-kanak adalah amanah dan pelindungan terhadap mereka harus jadi keutamaan. Kalau ada nampak apa-apa kelakuan mencurigakan, jangan diam. Lapor segera agar tiada lagi yang menjadi mangsa.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top