Guru dipecat selepas luah kecewa Trump tidak terbunuh

Guru dipecat selepas luah kecewa Trump tidak terbunuh
Guru dipecat selepas luah kecewa Trump tidak terbunuh

Trump (kanan) dan suspek gambar bawah kiri serta keadaan semasa majlis tersebut. Foto Agensi

OHIO – Seorang guru pendidikan awal di Ohio, Amerika Syarikat, dipecat selepas tular satu video di media sosial yang didakwa menunjukkan beliau meluahkan rasa kecewa kerana Presiden Donald Trump tidak terbunuh dalam insiden tembakan di majlis Makan Malam Wartawan Rumah Putih di Hotel Washington Hilton baru-baru ini.

Menurut laporan, guru berkenaan yang dikenal pasti sebagai Corrine Baum, bekerja di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak BrightPath di Cincinnati, sebelum kenyataannya mencetuskan kontroversi besar.

Dalam video TikTok tersebut, beliau didakwa membuat komen yang dianggap sensitif berkaitan insiden tembakan yang berlaku ketika acara berkenaan.

“Aduh, ada beberapa pencipta kandungan di sini yang kata hari Jumaat atau semalam mungkin hari kejadian itu berlaku, jadi bila saya bangun pagi saya dengar berita itu, tetapi bukan berita yang itu,” katanya dalam video tersebut.

Beliau turut menyentuh mengenai spekulasi dan dakwaan konspirasi yang tular di media sosial, sebelum video itu mencetuskan kecaman awam.

Susulan itu, pihak BrightPath dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa organisasi berkenaan tidak bertolak ansur dengan sebarang kenyataan yang menyokong keganasan.

“Kenyataan yang dibuat oleh individu ini di media sosial adalah tidak selari dengan nilai kami,” kata jurucakap syarikat itu, sambil mengesahkan bahawa individu terbabit telah ditamatkan perkhidmatan.

Insiden tersebut berlaku selepas kejadian tembakan di Hotel Washington Hilton yang mencederakan seorang ejen Perkhidmatan Rahsia AS ketika majlis berkenaan, yang dihadiri Presiden Trump sebelum beliau dan beberapa pegawai kanan diselamatkan.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat kini sedang meneruskan siasatan terhadap suspek yang dipercayai menyasarkan pegawai pentadbiran kerajaan dalam insiden tersebut.-Agensi

Scroll to Top