Guru direman untuk siasatan amang seksual babitkan pelajar

Guru direman untuk siasatan amang seksual babitkan pelajar

am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Guru sebuah sekolah di sini, direman enam hari di Mahkamah Majistret di sini, hari ini bagi membantu siasatan kes amang seksual, disyaki membabitkan pelajar lelaki.

Lelaki berusia 50-an itu direman bermula hari ini sehingga 21 Julai untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) dan 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTKK) 2017.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Syafiq Aizat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud mengesahkan penahanan reman guru lelaki itu.

“Terdapat tiga laporan polis daripada beberapa mangsa yang berusia belasan tahun (mengaitkan suspek). Pihak polis masih melakukan siasatan terhadap kes itu,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top