
Orangnya kecil molek, namun suara anak Sabah ini begitu merdu tatkala mengalunkan taranum. Itulah kelebihan Johan Qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2022, Sofizah Mousin yang turut merupakan seorang Guru Geografi, isteri dan ibu dalam satu masa.
Kemenangan itu jelas mengubah kehidupan Ustazah Sofizah. Mengintai khabar terbarunya, ibu dua anak dan isteri kepada Ahmad Asrol Saidi itu tidak menafikan tanggungjawab yang tergalas semakin besar.
Berusia 35 tahun, Ustazah Sofizah juga pernah dinobatkan Nona Outstanding Achievement Award sempena Nona Superwoman Award 2022 yang lalu. Beliau kini masih bertugas sebagai Guru Geografi di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sea, Petaling Jaya.




Bukan calang-calang wanita, beliau sendiri mengakui tiada seorang pun dari ahli keluarganya yang pernah menyertai tilawah apatah lagi dari latar belakang sekolah agama.
Berkat minat dan kesungguhan berlatih di dalam kereta, beliau berjaya mengharumkan nama Malaysia dalam pertandingan tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa.
“Kerja hakiki saya sebagai seorang guru Geografi. Selepas tamat bekerja, barulah saya boleh menghadiri jemputan program seperti di televisyen dan lain-lain.
Selain perlu membahagikan masa dengan keluarga, pada masa sama, saya turut menjadi pempengaruh di media sosial dalam menarik ramai lagi mendalami ilmu al-Quran,” katanya ketika ditemu bual oleh Sinar Plus di Shah Alam.


Sebagai seorang penjawat awam, Ustazah Sofizah perlu bijak membahagikan masa untuk kerjaya baharunya. Tahun lalu, beliau pernah diundang sebagai mentor Akademi Qurra’ TV AlHijrah bagi menggilap bakat-bakat tilmiz dan tilmizah muda dalam bacaan Al-Quran.
Menariknya, cita rasa fesyen yang dikenakan boleh dicontohi. Hijabi ini sering mengenakan jubah dan abaya longgar dengan tudung dilabuhkan. Nampak sopan dan patuh syariat, namun tetap manis dipandang. So pretty!
Kecintaan wanita berasal dari Kota Kinabalu, Sabah terhadap taranum al-Quran mula mekar sejak usianya 11 tahun dan semakin subur selepas berguru dengan Ustaz Anwar Ghazali serta Ustaz Yahya Daud di Kelantan.


Sesungguhnya, tempoh 24 tahun bukanlah satu perjalanan mudah dan singkat. Banyak pengorbanan perlu dibayar untuk mengecapi kejayaan pada hari ini.
Beliau kehilangan insan yang banyak memberi inpirasi iaitu bapanya, Mousin Sadiki ketika dirinya sedang sarat mengandung anak kedua, lebih tiga tahun lalu.
“Saat itu, saya berjuang untuk Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Selangor. Saya juga pernah diuji sakit tekak selama hampir lima bulan, di samping masalah kesihatan lain.
Semua itu berlaku sebelum saya bertanding pada Majlis Tilawah Antarabangsa. Ia menjadi cabaran untuk saya berlatih.”
Tekad mahu melahirkan lebih ramai pelapis dan mendidik anak-anak muda supaya mendalami ilmu Al-Quran, pesona hijabi anggun ini seharusnya menjadi inspirasi sis!
Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/hati-hijabi-gundah-gulana-meski-hidup-senang-dan-berjaya-ini-pesan-mizz-nina-jangan-kejar/
Download seeNI sekarang!

Kadang-kala, kita sebagai manusia biasa pastinya alpa dengan perihal duniawi yang pelbagai corak dan warnanya. Berkejar-kejar merebut kekayaan, kusyuk ditenggelami alam percintaan dan berlumba menjadi yang terbaik dalam setiap perkara, menyebabkan kita terlupa untuk mengucap rasa syukur ke hadrat Illahi.


Sebagai umat Islam, kita sentiasa dinasihatkan untuk sentiasa mengingati ALLAH SWT supaya kehidupan kita diberkati dan diredhai oleh-Nya. Maka, barulah perjalanan hidup kita lancar dan sempurna apabila ALLAH mengizinkan segala yang berlaku dalam hidup kita.
Apakah cara terbaik untuk sentiasa mengingati ALLAH SWT? Berdoalah… Berdoalah agar kehidupan kita diberkati, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur untuk kita berpeluang mengumpul kejayaan di dunia dan saham di akhirat.
Antara doa yang boleh dibaca ialah;
اللهُمَّ أكْثِرْ مَالِي وَوَلَدِي، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَنِي، وَأَطِلْ حَيَاتِي عَلَى طَاعَتِكَ، وَأَحْسِنْ عَمَلِي، وَاغْفِرْلِي
Maksudnya, “Ya Allah, banyakkanlah hartaku dan anakku, serta berilah keberkatan atas setiap apa yanga Engkau kurniakan. Panjangkanlah kehidupanku dalam ketaatan terhadapMu serta perbaikilah amalanku dan kurniakanlah keampunan kepadaku.”.
(HR al-Bukhari dalam adab al-mufrad no 653 dan. HR al-Tirmizi no 2329)
Jika anda seorang ahli perniagaan dah juga seorang usahawan, titipkanlah doa ringkas seperti di bawah ini setiap masa agar ALLAH SWT membantu kita untuk menambahkan rezeki dan pendapatan hidup.
اللَهُمَّ اجْعَلْنِي مِنْ أَعْظَمِ عِبَادِكَ نَصِيباً فِي كُلِّ خَيْرٍ تَقْسِمُهُ فِي الغَدَاةِ مِنْ نُورٍ تَهْدِي بِهِ، وَرَحْمَةٍ تَنْشُرُهَا، وَرِزْقٍ تَبْسُطُهُ، وَضُرٍّ تَكْشِفُهُ، وَبَلاءٍ تَرْفَـعُهُ، وَفِتْـنـَةٍ تَصْرِفُهَا، وَسُوءٍ تَدْفَـعُـهُ.
Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah aku antara kalangan hambaMu yang mendapat bahagian (pencapaian) yang hebat pada nur yang Engkau kurniakan sebagai hidayah, dan rahmat yang Engkau kurniakan, dan rezki yang Engkau sebarkan, dan mudharat yang Engkau selamatkan ( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan bala yang Engkau angkatkan( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan fitnah yang Engkau jauhkan( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan keburukan yang Engkau hindarkan ( dari menimpa hamba-hambaMu )”.
(HR Ibn Abi Syaibah dan Al-Tabarani, lihat kitab Da’ei al-Falah oleh Al-Suyuti hlm 61.)
Sesungguhnya ALLAH SWT itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Hanya pada-Nya kita memohon untuk mendapat kesenangan dunia dan kebahagian di akhirat. Usahlah kita untuk berdoa kepadanya. Luangkan sedikit masa untuk dekatkan diri pada-Nya, dan InsyaAllah pastinya ALLAH SWT akan membantu anda di saat anda memerlukan pertolongan. InsyaALLAH! Amin YRB! Selamat beramal!
Download seeNI sekarang!

Siapa yang pernah menonton filem islamik ‘Ketika Cinta Bertasbih’ yang popular selepas filem ayat-ayat cinta pasti kenal dengan heroin utama Anna Althafunnisa yang dilakonkan oleh Oki Setiana Dewi.
Baru-baru ini, hijabi manis bertudung litup itu telah berjaya menamatkan pengajian pada peringkat Doktor Falsafah (Phd) dan mendapat gelaran Doktor dari Institut Perguruan Tinggi Ilmu Al-Quran Jakarta pada 1 November lalu.
Ini merupakan gelar doktor kedua bagi Oki setelah menghabiskan masa menjalani pengajian di Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta dalam jurusan Pengkajian Islam Konsentrasi Komunikasi dan Dakwah pada tahun 2020.
Akan Pertimbangkan Tawaran Jadi Pensyarah
‘Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’ itulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan rezeki yang dikecapi oleh Oki, apabila beliau terus ditawarkan jawatan pensyarah Universiti di kampus sama sebaik sahaja menamatkan pengajian.
Malah, Oki bersetuju untuk mempertimbangkan tawaran berkenaan, kerana menurutnya, lagi banyak kita memberi ilmu (mengajar) kepada orang lain, maka lebih banyak ilmu yang akan diperolehinya nanti.
Artikel berkaitan: Wanita Pastikan Sifat ‘Malu’ Yang Bertempat, Itu Pakaian Untuk Dipakaikan Kepada Diri. Pesan Oki Setiana Dewi
“Mungkin, rasa-rasanya saya akan mulai memikirkan perkara ini. Kerana, kalau kita mengajar kita juga bakal memperoleh ilmu,” ucap Oki Setiana Dewi lapor kompas.com ketika ditemui di kawasan Lebak Bulus, Jakarta Selatan.
Selain itu, Oki berkata menjadi tenaga pengajar di Universiti memang menjadi impian yang sudah lama diidamkannya.
“Sebenarnya untuk jadi Pensyarah itu sudah difikirkan sejak beberapa tahun yang lalu. Karena, saya sangat suka belajar. Tapi kerana sibuk dengan jadual yang padat, akhirnya terpaksa menangguhkan niat itu,” kata Oki Setiana Dewi.
Oki Sangat Suka Mendalami Ilmu & Belajar


Sumber Gambar: Instagram Oki Setiana Dewi
Kakak kepada pempengaruh Youtube, Ria Ricis itu mendedahkan bahawa dia sangat suka menimba ilmu. Oleh sebab itu, dia memilih untuk terus menuntut ilmu meskipun sudah berumah tangga.
“Saya fikir, kerana saya orang yang cintakan ilmu dan saya suka belajar, saya suka dengan kampus, saya suka bertemu dengan guru-guru dan masih ada banyak ilmu yang saya tak tahu, dan hanya mengetahuinya setelah menuntut ilmu,” jelas Oki Setiana Dewi.
Sumber: Kompas.com & Instagram Oki Setiana Dewi
Artikel berkaitan: Permintaan Ibu Yang Sakit Mahu Dia Jadi Anak Solehah, Detik Permulaaan Hijrah Oki Setiana Dewi 13 Tahun Lalu
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!

Menitipkan pesanan buat mereka yang bergelar muslim, penyanyi dan pelakon iaitu Amira Othman telah berkongsi mengenai kepentingan menunaikan solat di laman instagramnya.
Kongsinya, solat itu wajib ditunaikan biarpun jahat macam mana sekalipun diri seseorang individu itu.
Tambah pelakon drama Abang Bomba I Love You itu, kita seharusnya memperbaiki solat kita kerana itulah perkara utama yang akan dihisab di akhirat kelak.


Semalam recording for Salamunalaik. Utk ramadhan nanti di Astro Oasis. Topic kesempurnaan solat. Sempurna ke solat kita? 😭 semoga kita sentiasa igt solat ni adalah tiang agama. Buat jahat mcm mana pun kena solat. Perbaiki solat. Sempurnakanlah solat sbb itulah yg akan ditanya nanti😭🥺
_______________________________________________
Beautiful Abaya – @abayalubnaa
Bersetuju dengan nasihat yang diberikan, para peminatnya mengucapkan terima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat ini selain memuji penampilannya yang jelita berjubah yang tidak ubah seperti seorang puteri.





Sebagai informasi, Amira Othman merupakan bintang kelahiran rancangan realiti iaitu Akademi Fantasia 2013 sebaris bersama Hael Husaini, Nabila Razali dan Indah Ruhaila.
Dia juga telah bergelar Hajjah pada tahun 2019 selepas mengerjakan haji bersama rakan artis, Wany Hasrita.
Download seeNI sekarang!




