Guru GISBH Dijatuhkan Hukuman 10 Tahun Penjara Selepas Rotan Tiga Orang Kanak-Kanak | Oh! Media

Guru GISBH Dijatuhkan Hukuman 10 Tahun Penjara Selepas Rotan Tiga Orang Kanak-Kanak | Oh! Media

Selepas tular video seorang guru sekolah agama milik Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) merotan tiga kanak-kanak dan menekan dada salah seorangnya. Kini ia menjadi perhatian ramai apabila Mahkamah Seksyen telah mengambil tindakan dengan manjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atasnya.

Menerusi laporan Harian Metro, Muhammad Barur Rahim Hisam yang berusia 23 tahun itu telah dijatuhkan hukuman oleh Hakim Noridah Adam selepas mengaku bersalah ke atas empat pertuduhan yang telah dibacakan.

Lelaki itu didakwa telah menganiaya kanak-kanak lelaki yang berusia 10 dan 11 tahun dengan merotan dan menekan dada mangsa dengan lutut sehingga mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman suspek telah membuat rayuan dan memohon maaf.

Untuk kes ini saya benar-benar insaf dan tekad serta berazam tidak akan mengulangi kesalahan ini.

Difahamkan kejadian itu berlaku di dua tempat iaitu di Bukit Raja, Klang Utara pada Jun, Julai dan September 2024.


Scroll to Top