Guru PJJ: Fadhlina mohon maaf, minta BPSH teliti kes kritikal

SHAH ALAM – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek meminta Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) meneliti semula beberapa kes kritikal yang memerlukan perhatian segera.

Beliau berkata, langkah itu susulan luahan kekecewaan guru yang masih belum berjaya mendapatkan pertukaran melalui sistem eGTukar.

“Mohon maaf, cikgu-cikgu. Saya faham masih ramai yang perkahwinan jarak jauh (PJJ), berjauhan dengan pasangan dan keluarga.

“Sebab itu antara ikhtiar kita adalah memendekkan tempoh permohonan kepada 24 bulan berbanding 36 bulan sebelum ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Fadhlina berkata, keputusan permohonan Fasa 2 dijangka diumumkan dalam tempoh beberapa minggu lagi.

“Insya-ALLAH. Kepada yang belum berjaya kali ini, jangan putus asa, kita terus ikhtiarkan apa yang boleh.

Stay strong, we love you. We make doa for you,” ujarnya.

Scroll to Top