Macam tak percaya, tapi itulah kenyataannya! Seorang guru sekolah dan lelaki yang digelar sebagai ‘abang wiring’ akhirnya dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka atas kesalahan cubaan melakukan zina.
Menurut laporan, kedua-dua tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 52 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 yang melibatkan perbuatan tidak bermoral, cubaan melakukan zina.
Kesalahan itu berlaku pada 28 Februari lalu dan mereka kini dijatuhi hukuman denda sebanyak RM5,000 setiap seorang. Kalau gagal bayar? Bersedialah untuk menjalani hukuman penjara selama enam bulan.
Hukuman dijatuhkan selepas pengakuan bersalah…
Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin membuat keputusan selepas kedua-duanya tampil dan mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.
Identiti mereka tidak didedahkan kepada umum, namun kes ini jelas mencetuskan perbualan hangat, apatah lagi ia melibatkan profesion pendidik.
Kes seperti ini sering mendapat perhatian masyarakat, bukan sahaja kerana melibatkan isu moral, tetapi juga kerana ia membabitkan individu yang sepatutnya menjadi contoh kepada generasi muda.
Pssttt! Perkara yang melibatkan maruah dan akhlak bukan isu kecil. Setiap individu perlu sentiasa menjaga batas dan menghormati undang-undang syariah, lebih-lebih lagi apabila kita berada dalam kedudukan yang menjadi perhatian masyarakat. Jangan biar nafsu menguasai akal, kelak memakan diri sendiri.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!