Haaland, City mengganas lagi

Haaland, City mengganas lagi

MANCHESTER: Erling Haaland meneruskan prestasi hebatnya ketika Manchester City mengorak langkah penting untuk mara peringkat kalah mati Liga Juara-Juara dengan membenam FC Copenhagen 5-0, hari ini.

Penyerang sensasi Norway itu membuka jaringan City seawal minit ketujuh sebelum menggandakan kedudukan pada minit ke-32.

Jaringan sendiri Davit Khotcholava membolehkan skuad The Citizens selesa mendahului 3-0 ketika menutup separuh masa pertama.

Haaland dikeluarkan pada pertengahan babak kedua,  namun City tetap menguasai permainan dan Riyad Mahrez menandakan penampilan ke-200 bersama kelab dengan menyempurnakan sepakan penalti  pada minit ke-55.

Julian Alvarez melengkapkan kemenangan besar tuan rumah ketika permainan berbaki 14 minit  untuk ditamatkan.

Keputusan itu menyaksikan anak-anak buah Pep Guardiola mengungguli Kumpulan G dengan memenangi semua tiga perlawanan mereka.

Bekas kelab Haaland, Borussia Dortmund di tempat kedua dengan enam mata selepas membenam Sevilla 4-1 dalam satu lagi perlawanan.

City yang masih segar dengan kejayaan membelasah Manchester United 6-3, Ahad lalu kini akan menerima kunjungan Southampton dalam aksi Liga Perdana, Sabtu ini  sebelum bertandang ke  Copenhagen pada Selasa. – AGENSI

Scroll to Top