Haaland pilih tonton Liga Sweden, tidak hadir ke Ballon d'Or

Haaland pilih tonton Liga Sweden, tidak hadir ke Ballon d'Or

Stockholm: Penyerang Norway, Erling Haaland mungkin salah seorang pemain terbaik di dunia, tetapi dia tidak hadir di majlis penganugerahan Ballon d’Or di Paris pagi tadi, sebaliknya memilih untuk melakukan perjalanan ke Sweden di mana rakannya Erik Botheim berjaya memenangi liga bersama Malmo FF.

Penyerang Manchester City berusia 24 tahun itu dilihat di Malmo awal petang Isnin menjelang perlawanan mereka menentang pesaing sengit IFK Gothenburg.

Malmo berjaya mencatat kemenangan 2-1 sekali gus meraih gelaran Allsvenskan kedua berturut-turut dan keempat dalam lima tahun.

Haaland dan Botheim menjadi sahabat ketika bermain untuk pasukan kebangsaan remaja Norway, dan mereka juga muncul dalam video rap bersama Erik Sandberg yang ditonton lebih daripada 12 juta kali di YouTube.

Haaland menjaringkan 27 gol dalam 31 perlawanan ketika City mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris mereka musim lalu.

Di majlis penganugerahan Ballon d’Or 2023, dia menduduki tempat kedua di belakang Lionel Messi dari Argentina.

Botheim, yang juga seorang penyerang, disenaraikan dalam kesebelasan utama Malmo tatkala aksi berlangsung 50 minit sebelum majlis gala Ballon d’Or membuka tirai.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top