Cannes: Penyerang Norway, Erling Haaland bakal meminjamkan suara sebagai watak pahlawan Viking dalam filem animasi baharu.
Bintang Manchester City itu sememangnya sering dibandingkan dengan pahlawan Viking di atas padang kerana aksi agresifnya selain mencipta pelbagai rekod termasuk menjadi pemain terpantas menjaringkan 100 gol di Liga Perdana Inggeris (EPL).
Penerbit filem itu mengesahkan penyertaan Haaland ketika Festival Filem Cannes berlangsung dengan filem berjudul Viqueens itu diarahkan oleh pengarah Harald Zwart yang terkenal menerusi filem The Karate Kid.
Filem animasi kanak-kanak itu dijadual ditayangkan pada Hari Krismas.
© New Straits Times Press (M) Bhd




