Pelakon, Zulin Aziz mengesahkan rumah tangganya bersama suami, Farhan Norzaini sudah berakhir pada 18 Disember tahun lalu.
Meskipun perkara tersebut tidak terus dikongsikan kepada umum, Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz, 37, menjelaskan dia memilih untuk menghormati tempoh idah yang berakhir pada 18 Februari 2026.
Sementara itu, menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Zulin kekal tenang menitipkan pesanan kepada diri sendiri dan pengikutnya agar memberi fokus kepada bulan Ramadan.
“Kita fokus dengan Ramadan ya. Terima kasih mendoakan yang baik-baik. Semoga doa itu berbalik kepada anda juga. Amin Ya Raballamin,” katanya.

Tanpa membuka ruang kepada spekulasi, Zulin mengambil pendekatan matang dengan tidak mendedahkan punca perceraian mereka, sebeliknya menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah SWT.
Sekadar info, Zulin dan Farhan mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2022.





