Hadi Awang kembali sampaikan kuliah – “Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana sihat..”

Hadi Awang kembali sampaikan kuliah – “Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana sihat..”

Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman mendedahkan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang kembali sampaikan kuliah selepas berehat menjalani prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) bulan lalu.

Khabar gembira itu disampaikan oleh Mohd Syahir dalam sebuah hantaran Facebook, hari ini.

Dalam perkongsian tersebut, dapat dilihat para jemaah membanjiri Masjid Rusila, Marang Terengganu ketika tokoh agama tersebut menyampaikan ceramah.

Hadi Awang kembali sampaikan kuliah

Hadi Awang kembali sampaikan kuliah

“Tuan guru mulakan kuliah hari ini dengan ungkapan ringkas,’terlebih dahulu alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana sihat. Terima kasih kepada yang solat hajat, yang Tuhan makbulkan. Kita boleh teruskan pengajian kita’.
“Mengajar, sumber kekuatan, sumber keberkatan. Kita pun dapat tumpang berteduh. Alhamdulillah,” ujarnya.

Artikel lain: Abdul Hadi makin pulih, anak jangka boleh keluar IJN dalam masa terdekat

Pada 17 Jun lalu, anak kepada Abdul Hadi iaitu Exco Terengganu, Dr Muhammad Khalil memberitahu bapanya selamat menjalani prosedur rawatan di IJN.

Sumber: Facebook @Syahir Sulaiman 

Scroll to Top