Hadir Di Pelancaran Minggu Fesyen KL Mens, Aliff Aziz Lari Daripada Media

Hadir Di Pelancaran Minggu Fesyen KL Mens, Aliff Aziz Lari Daripada Media

Kehadiran pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz di KL Mens Fashion Weeks Grand Launch di sebuah hotel di ibu kota semalam menjadi perhatian pihak media.

Difahamkan, Aliff muncul di acara minggu fesyen itu sebagai model untuk peragakan baju.

BACA: “Birthday Anak Tak Wish Ke Bro?” – Netizen Tunggu Ucapan Aliff Aziz

Bagaimanapun, Aliff memilih untuk berlalu pergi apabila pihak media cuma untuk mendapatkan bekas suami kepada Bella Astillah itu untuk ditemu bual.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian Hlive,  Aliff dikatakan beberapa kali mengelak daripada pihak media ketika ditemui pada majlis berkenaan serta  tidak mahu mengulas sebarang isu berkaitan hak penjagaan anak.

Sebelum ini, rata-rata netizen meninggalkan komen di Instagram Aliff selepas pelakon itu dilihat tidak memberikan ucapan sempena ulang tahun kelahiran kedua-dua anaknya Ayden dan Ara.

Sementara itu, ibunya iaitu Siti Hafiza meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak cuma menabur fitnah terhadap keluarganya apabila ada hantaran mendakwa dia mengatakan Aliff mempunyai hak untuk menambil kembali cucu-cucunya.

Sumber: Hlive/ Astro Gempak


Scroll to Top