Barcelona: Red Bull terpaksa meneliti semula jadual ujian pra-musim mereka di Litar Catalunya, Barcelona selepas pemandu baharu, Isack Hadjar, terbabit dalam kemalangan dalam keadaan litar basah, hari ini.
Pemandu Perancis berusia 21 tahun itu, yang dinaikkan pangkat dari Racing Bulls, hilang kawalan di selekoh terakhir pada sesi petang dan berpusing ke belakang sehingga melanggar penghadang dalam sesi yang berlangsung secara tertutup.
Ketua pasukan, Laurent Mekies berkata, pasukan sedang menilai kerosakan sebelum membuat keputusan mengenai rancangan baki minggu ini.
Red Bull, yang kini menggunakan enjin sendiri, sudah mengharungi dua daripada tiga hari ujian dan mungkin menunda sesi seterusnya sehingga Jumaat ini jika perlu.
“Yang penting sekarang ialah Isack selamat, dan kami akan cuba sebaik mungkin membaiki kereta serta melihat langkah seterusnya.
“Keutamaan sekarang ialah menilai kerosakan pada kereta, untuk melihat peluang yang ada bagi sesi ujian seterusnya,” kata Mekies kepada pihak pengawal FIA.
Ujian lima hari itu akan diikuti oleh dua sesi pra-musim yang dibuka kepada media di Bahrain pada Februari.
Hanya Red Bull bersama juara dunia empat kali, Max Verstappen, menguji kereta pada waktu pagi, serta Ferrari menjalankan ujian pada hari ini akibat ramalan cuaca.
© New Straits Times Press (M) Bhd



