Penyanyi dan komposer terkenal Hael Husaini berkata dia sudah menyediakan 30 pasang baju raya sempena sambutan Aidilfitri kali ini.
Memetik Harian Metro, Hael berkata sebagai selebriti dia perlu sediakan baju berbeza untuk tampil dalam majlis yang dihadiri.
BACA: Hael Husaini Mohon Maaf, Enggan Jawab Dakwaan Dah Nikah Dengan Dayang
“Ya, betul, saya tidak nafikan, memang sediakan 30 pasang baju raya sepanjang tempoh sebulan (Aidilfitri) sebab memenuhi komitmen kerja yang diatur pengurusan,” katanya.
Sementara itu, Hael berkata tema yang dipilih menerusi perkongsian Outfit Of The Day (OOTD) di laman Instagram miliknya.
“Saya sudah sediakan 30 pasang baju raya dan mungkin ada baju yang digayakan nanti sama warna dengan peminat dan kita boleh ‘matching’ lah. Tapi kalau nak tahu warna baju raya saya, anda kena tunggu saya OOTD pada pagi raya nanti.
“Saya juga nak tanya ada ke yang ikut trend pakai baju raya warna ‘Strawberry Matcha’ pada tahun ini? Jadi, kita boleh pakai warna yang sama kerana mungkin saya akan gayakan warna itu pada raya kedua nanti,” katanya.
Dalam pada itu, Hael berkata dia akan menyambut 1 Syawal bersama keluarga di kampung halamannya di Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan sehingga raya keempat.
Sumber: Harian Metro




