Penyanyi dan komposer popular, Hael Husaini sekali lagi mencuri tumpuan apabila memuat naik sebuah video di platform TikTok miliknya yang memaparkan sedutan lagu bertemakan Hari Raya.
Menerusi video tersebut, Hael atau nama lengkapnya, Hal Husaini Ramzi, 39, berkongsi sebahagian lirik yang jelas berkisar tentang suasansa dan sambutan Aidilfitri.
Namun, difahamkan lagu berkenaan masih belum mempunyai tajuk rasmi, malah Hael dilihat telah memberi ruang kepada peminat untuk mencadangkan tajuk yang sesuai.
Ruangan komen hantaran tersebut dihujani pelbagai cadangan daripada peminat yang berkongsi pandangan mereka, ada juga yang mengatakan mereka sudah menghafal potongan lirik tersebut.
Kebiasannya, kebanyakan lagu raya akan dilancarkan pada minggu pertama atau kedua puasa, namun Hael sebaliknya tampil dengan ‘teaser’ lebih awal, iaitu seminggu sebelum umat Islam menyambut Ramadan.
Tindakan tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat, ada yang tertanya-tanya sama ada Hael sudah tidak sabar untuk menantikan Syawal.
@haelhusaini Akan tidak ek🕺




