Selepas hampir setahun menyepikan diri, penyanyi Hafiz Suip akhirnya kembali ke platform Instagram pada malam semalam.
Menurut laporan mStar, Hafiz menyifatkan kepulangannya sebagai satu permulaan baharu dalam dunia seni walaupin harus bermula dari kosong balik.
Kelahiran baru untuk Hafiz Suip, jom follow saya!
Hafiz berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram dengan memuat naik gambar lamanya ketika kecil.
Netizen harap Hafiz Suip keluarkan lagu baru

Kehadiran semula Hafiz ke media sosial disambut baik oleh peminat. Kalau korang tengok ruangan komen, ramai yang beri kata-kata semangat dan harapan agar penyanyi itu segera tampil dengan lagu baru.
Selamat kembali Hafiz! Terus bersinar okay.
Bukan tu jer, Hafiz turut berkongsi gambar bersama komposer Ajai, penyanyi Sufi Rashid dan wakil Badan Pelindung Hak Cipta Malaysia (MACP) sekaligus membayangkan ada sesuatu yang sedang dirancang.
Pernah padam akaun kerana masalah peribadi

Tahun lepas, Hafiz mengejutkan ramai pihak apabila memadam akaun Instagramnya yang ketika itu mempunyai lebih 800,000 pengikut.
Dia kemudian mengakui bahawa tindakan itu dibuat akibat tekanan peribadi, khususnya masalah rumah tangga yang dihadapinya.
Namun kini, Hafiz kini dengan semangat baru untuk kembali aktif dalam industri seni!
#ApaKataOhmedia
Hidup pasti ada turun naiknya, tetapi yang penting adalah bagaimana kita bangkit semula. Semoga Hafiz terus kuat dan kembali mewarnai industri muzik tanah air!
