Penyanyi Hafiz Suip akhirnya mengesahkan dia sudah pun bercerai dengan isterinya, Nureffy Jasrel di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 29 Mei lalu.
Memetik mStar Online, Hafiz berkata dia memberikan hak penjagaan anak kepada bekas isterinya buat masa ini kerana menganggap ibu adalah tempat perlindungan buat anak mereka.
BACA: Hafiz Suip Derita Batu Karang Dalam Buah Pinggang
“Secara rasmi saya sudah bercerai talak satu dengan isteri pada 29 Mei lalu. Anak-anak di bawah jagaan bekas isteri.
“Secara rasionalnya, sudah tentu kalau saya berada dalam situasi ini, saya akan pilih ibu saya.
“Saya rasa ibulah merupakan pilihan tepat untuk mengambil penjagaan anak-anak. Kalau kita nak lawan fasal hak ini sampai bila pun tak habis,” katanya.
Dalam pada itu, Hafiz berkara dia tidak menyesal dengan apa yang telah berlaku sebaliknya menganggap segala yang dilalui adalah takdir yang memberi pengajaran dalam hidupnya.
“Saya tidak menyesal dengan apa yang berlaku. Semua ini adalah pengajaran dan pengalaman.
“Ia juga satu takdir, kita hanya perlu jalani kehidupan seterusnya. Jangan saling menyalahkan kerana hati kita tidak akan rasa tenang.
“Dalam Islam juga ada mengajar kalau nak rasa tenang kita kena berdamai dengan takdir. Nasihat saya kalau nak kahwin, kena fikir masak-masak dan bersikap matang,” katanya.
Hafiz mendirikan rumah tangga dengan Nureffy pada 14 Mei 2016. Pasangqn itu dikurniakan dua cahaya mata Muhammad Riyadh Zafri dan Muhammad Alkaf Zayne.
Sumber: mStar Online



