Oh! Artis
Hafiz Suip sah nikah dengan Fiona Saffiyya dalam majlis tertutup di Kuching dengan mas kahwin RM120.
Tahniah Hafiz Suip, tahu-tahu dah jadi suami orang. Hafiz sah bergelar suami sekali lagi selepas mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya yang dikenali sebagai Fiona Saffiyya.
Majlis akad nikah tersebut berlangsung pada Jumaat di sebuah dewan di Petrajaya, Kuching dan disiarkan secara langsung di Facebook Hafiz sendiri. Difahamkan, Hafiz hanya lafaz sekali je dan terus sah!
Hafiz Suip hanya buat majlis tertutup dan hanya keluarga terdekat
Majlis pernikahan ni dibuat secara tertutup dan bukan untuk tontonan umum. Hanya keluarga terdekat je yang hadir untuk sama-sama meraikan detik bahagia pasangan ni.
Hafiz menyerahkan mas kahwin sebanyak RM120 kepada Fiona sebagai simbolik penyatuan mereka. Walaupun nilainya kecil, tapi cukup bermakna sebab lafaznya pun sekali je terus lepas.
Hafiz nampaknya memilih jalan yang sederhana dan penuh makna untuk memulakan lembaran baru dalam hidupnya.
Perkahwinan terdahulu dan anak-anak
Hafiz sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Nureffy Jasreel pada tahun 2016. Namun, mereka sah bercerai pada Mei tahun lalu. Hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 9 tahun dan Muhammad Alkaf Zayne, 6 tahun.
Ramai peminat mendoakan agar perkahwinan kali ini kekal bahagia dan penuh keberkatan. Di ruangan komen siaran langsung pun penuh dengan ucapan tahniah dan doa.
Semoga pasangan ni terus kuat dalam membina rumah tangga yang harmoni dan kekal sampai ke akhir hayat.
Pssttt! Ohmedia doakan semoga perkahwinan Hafiz kali ni kekal bahagia sampai ke jannah. Kadang-kadang perjalanan hidup ni penuh liku, tapi yang penting, kita terus ikhlas dan tabah dalam mencintai dan membina semula.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!



