Kuala Lumpur: Ketika dua lagi pelumba meraikan kejayaan dengan memancutkan arak di atas podium, Hakim Danish Ramli memilih langkah berbeza. Sebaik lagu Negaraku selesai berkumandang di Litar Brno selepas kemenangan bersejarahnya di Grand Prix (GP) Republik Czech, pelumba Moto3 negara itu dilihat meninggalkan podium tanpa menyertai sambutan tradisi berkenaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




