27 Februari 2026 01:22pm
Masa membaca: 4 minit

Hakim Danish tampil pada musim penuhnya dalam kelas Moto3 bermula di Grand Prix (GP) Thailand. FOTO: FB Hakim Danish
PELUMBA muda sensasi negara, Hakim Danish Ramli menamatkan Sesi Latihan Bebas 1 Moto3 di kedudukan ke-17 pada Grand Prix (GP) Thailand di Litar Antarabangsa Chang, Buriram hari ini.
Pelumba AEON Credit MT Helmets MSi itu merekodkan masa satu minit 42.584 (s).
Ini adalah musim penuh pertama Hakim Danish dalam kelas Moto3 selepas melakukan tiga penampilan selaku pelumba wild card pada musim lalu.
Pelumba Sepanyol, Adrian Fernandez (Leopard Racing) mengungguli Sesi Latihan 1 Moto3 dengan catatan 1:41.202s diikuti pelumba Australia, Joel Kelso (GRYD MLav Racing) 1:41.519s dan David Almansa dari Sepanyol (Liqui Moly Dynavolt Intact GP) 1:41.586s.
Sementara seteru Hakim Danish dalam saingan Red Bull MotoGP Rookies Cup musim lalu, Veda Pratama dari Indonesia menamatkan perlumbaan di tempat keenam.
Pelumba Honda Team Asia itu mencatat kepantasan 1:418.54s.
Sesi Latihan Bebas 2 bersambung pada jam 1.15 petang.
Ringkasan AI
- PELUMBA muda sensasi negara, Hakim Danish Ramli menamatkan Sesi Latihan Bebas 1 Moto3 di kedudukan ke-17 di GP Thailand
- Pelumba AEON Credit MT Helmets MSi itu merekodkan masa satu minit 42.584s
- Ini adalah musim penuh pertama Hakim Danish dalam kelas Moto3 selepas menjadi pelumba wild card musim lalu
- Pelumba Sepanyol, Adrian Fernandez mengungguli sesi dengan catatan 1:41.202s
- Seteru Hakim Danish dalam saingan Red Bull MotoGP Rookies Cup, Veda Pratama dari Indonesia menamatkan perlumbaan di tempat keenam



