“Hakim mana saya buang?” – PM Anwar nafi rosakkan badan kehakiman, terkilan difitnah seminggu

“Hakim mana saya buang?” – PM Anwar nafi rosakkan badan kehakiman, terkilan difitnah seminggu

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah mencampuri urusan pelantikan Ketua Hakim Negara dan hakim atasan lain, sebaliknya menghormati sistem serta prosedur yang ditetapkan mengikut perlembagaan.

Katanya, beliau terpaksa mendiamkan diri selama seminggu walaupun diasak dengan pelbagai tuduhan oleh pembangkang yang mendakwanya merosakkan badan kehakiman.

“Seminggu dia ‘balun’ kita setengah mati, kata Anwar perosak badan kehakiman.
“Tapi hakim mana saya buang? Hakim mana kena pecat? Tak ada,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pelan Induk Bumiputera, Tunas Madani dan Projek Perumahan JKPSB di UiTM Cawangan Pulau Pinang, semalam. 

PM Anwar nafi rosakkan badan kehakiman

Jelas Anwar, pelantikan hakim melibatkan pelbagai peringkat termasuk cadangan nama oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC), pertimbangan di peringkat Perdana Menteri, perkenan Yang di-Pertuan Agong (YDPA), dan perbincangan dalam Majlis Raja-Raja.

Tegas beliau, hanya selepas melalui proses tersebut barulah pelantikan boleh dimuktamadkan dan diumumkan kepada rakyat.

Artikel lain: PM Anwar tegas pelantikan Ketua Hakim Negara ikut prosedur sah, tiada campur tangan politik

Foto: msn

Terdahulu, pada Khamis lalu, YDPA, Sultan Ibrahim memperkenankan pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara baharu.

Selain itu, Datuk Abu Bakar Jais dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, manakala Datuk Azizah Nawawi sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak menggantikan penyandang yang bakal bersara.

Majlis penyampaian watikah pelantikan dan istiadat angkat sumpah akan diadakan pada 28 Julai 2025 di Istana Negara.

Sumber: FB Anwar Ibrahim

Scroll to Top