
JENNIFER (lima dari kiri) bergambar kenangan bersama para tetamu jemputan dalam Majlis Penghargaan Khas bagi Kecemerlangan Halal di Putrajaya baru-baru ini. Foto KINOHIMITSU
JENAMA kecantikan dan kesihatan terkemuka Asia Tenggara, Kinohimitsu meraikan komitmen halal produk mereka selama lebih dua dekad melalui Majlis Penghargaan Khas bagi Kecemerlangan Halal di Putrajaya baru-baru ini.
Ketua Pegawai Operasi Kino Biotech (M) Sdn Bhd, Jennifer Chin berkata, majlis tersebut mengiktiraf peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam usaha mereka memperkukuh keyakinan global terhadap pensijilan halal Malaysia.
“Jakim juga memastikan pengguna menikmati produk yang memenuhi standard tertinggi dari segi kualiti dan ketulenan,” katanya.
Dalam majlis sama, Watsons Malaysia turut diraikan sebagai rakan runcit utama yang membantu memperluas akses pengguna terhadap produk kecantikan dan kesihatan halal Kinohimitsu.
Ujarnya, dengan lebih 750 cawangan, Watsons Malaysia sebagai pengedar utama telah menjadi rakan runcit yang dipercayai oleh Kinohimitsu selama 25 tahun.
“Kedua-dua pihak telah memainkan peranan penting dalam memastikan produk halal lebih mudah diakses oleh pengguna di Malaysia,” katanya.
Turut hadir Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee; Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh dan Presiden Wawasanita Malaysia, Dr Norli Alias.
Jennifer menegaskan halal akan terus menjadi teras dalam pengembangan jenama itu ke seluruh Asia Tenggara sebagai simbol kepercayaan dan keprihatinan selain memastikan setiap formulasinya mencerminkan dedikasi terhadap keselamatan, ketulenan dan keyakinan pengguna Muslim.
“Bagi kami, halal bukan sekadar logo, ia merupakan komitmen seumur hidup terhadap ketulenan, kesejahteraan dan kebaikan komuniti,” ujarnya.
Majlis penghargaan tersebut dianjurkan bersama Wawasanita Malaysia, sebuah NGO yang menyokong lebih 14,000 usahawan wanita dan mereka juga menyatakan komitmen bersama dalam memperkasa keyakinan diri serta kesejahteraan wanita melalui produk halal yang inovatif.
Ringkasan AI
- Kinohimitsu meraikan komitmen halal produk mereka selama lebih dua dekad Majlis tersebut mengiktiraf peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam pensijilan halal Watsons Malaysia diraikan sebagai rakan runcit utama Kinohimitsu selama 25 tahun Halal menjadi teras dalam pengembangan jenama Kinohimitsu ke seluruh Asia Tenggara Majlis penghargaan dianjurkan bersama Wawasanita Malaysia untuk menyokong usahawan wanita


