Halang Laluan Di Lebuhraya, Polis Tahan Suspek Di Seremban

Halang Laluan Di Lebuhraya, Polis Tahan Suspek Di Seremban

Oh! Tidak

Tiga ejen tarik kereta halang laluan di lebuh raya arah selatan. Polis tahan suspek, dua lagi masih diburu.


Mana mau lari? Akhirnya pihak PDRM berjaya menahan seorang pemilik kereta yang baru-baru ni viral rakaman mereka menghalang laluan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan. Kejadian itu berlaku berhampiran kawasan R&R Pedas-Linggi.

Suspek yang ditahan berusia lingkungan 50 tahun dan telah ditahan di sekitar Seremban tengah malam tadi. Penahanan ini turut disahkan Ketua Polis Daerah Rembah, Superintendan Hasani Hussain.

Didakwa ejen tarik kereta, halang laluan kerana tugasan…

Pemandu halang laluan

Polis menahan seorang suspek yang juga pemilik kenderaan yang disyaki menghalang lalu lintas di Lebuh raya PLUS. Kami sedang memburu suspek lain.

Berdasarkan siasatan awal, suspek adalah ejen tarik kenderaan dan mereka menahan kenderaan kerana mahu menarik sebuah kereta.

Kereta apa nak tarik tu sampai sanggup halang laluan orang nak guna lebuhraya, ah jem… Kes macam ni disiasat mengikut Seksyen 341 Kanun Keseksaan kerana menghalang laluan orang awam. Jika bersalah, boleh dipenjara sebulan atau denda maksimum RM1,000.

Ia mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain terutamanya di lebuh raya yang mempunyai aliran trafik berkelajuan tinggi. Tindakan sedemikian bukan sahaja melanggar undang-undang, malah berpotensi menyebabkan kemalangan maut.- Tambah Hasani.

Untuk membantu siasatan jika ada sebarang bukti, boleh hubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Noor Fathiah Ak’Dilah Ishak di talian 010-5825384 atau Pegawai Penyiasat Trafik Sarjan Siti Nur Balqes Abdul Rahim di talian 019-7992519.

Pssttt! Tak kiralah apa kerja sekali pun, keselamatan pengguna jalan raya mesti jadi keutamaan. Kalau pun nak jalankan tugas, jangan sampai membahayakan nyawa orang lain. Halang laluan di lebuh raya bukan saja salah di sisi undang-undang, tapi boleh undang tragedi. Korang yang nampak situasi macam ni, jangan takut untuk buat laporan. Sama-sama kita jaga keselamatan jalan raya.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top