Halusnya cara awak ya – Uqasha

Halusnya cara awak ya – Uqasha

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelakon, Uqasha Senrose, 33, sekali lagi mencuri perhatian warganet selepas memuat naik beberapa hantaran di Instagram Storynya.

Menerusi hantaran terbabit, Uqasha turut menyertakan tangkap layar perbualan dengan peguam mengenai hasratnya untuk mengambil barang peribadi di kediamannya, namun mendakwa perlu melalui proses yang disifatkan sebagai “menyusahkan”, seolah-olah perlu membuat janji temu sebelum dibenarkan masuk.

“Fuhh penat macam ini, kenapa ? Bila saya tak kasi MasyaAllah ? Saya ambil tutor atau private playschool untuk anak, dia ada kelas dan saya nak ke rumah yang penuh barang saya pun kena ada dates (tarikh) juga ? So ? Apa ni..

“Dan bila awak kata terjumpa dan merancang dengan adik saya, mestilah dengan izin walaupun awak cakap jangan beritahu siapa-siapa. Saya ibunya dan mestilah ibu saya pun tahu hal ini. Kalau tidak, Uqaira tak akan boeh dibawa keluar begitu sahaja ? Fitnah apa lagi ini,” tulisnya.

Pelakon terbabit turut mempersoalkan kewajaran syarat itu apabila ada pihak lain menghubunginya bertanyakan ‘kelas apa’ yang diikuti anaknya, seolah-olah mempertikai urusan tersebut hingga menimbulkan persoalan sama ada dia benar-benar perlu untuk membuat janji temu masuk ke rumah sendiri.

Dalam hantaran lain, Uqasha meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa dirinya dihina secara halus sehingga digambarkan sebagai individu ‘tidak betul’ di mata warga maya.

“Ini sangat melampau. Hina, maki, caci mengata sampai diri ini dah taka da muka oleh netizen ! Halus sangat cara awak ni. Di mata orang, ya, nampak saya macam orang tak betul sebab geram dengan halusnya cara awak ya? Nampak berkias-kias itu,” tulisnya lagi di Instagram Story.

Namun, hantaran yang paling menyentuh hati ialah apabila Uqasha mendedahkan perasaannya yang berat sewaktu membenarkan anak perempuannya dibawa keluar pihak lain, selain mendakwa anak perempuannya itu turut dijadikan ‘peluru’ dalam konflik yang sedang berlaku dalam rumah tangganya.

“Ya, pada awalnya memang berat hati teramat saya nak bagi anak perempuan, atas dasar apa. Tak apa, hanya saya, dia dengan Allah yang tahu. Selepas beberapa lamanya, saya cuba untuk paksa diri saya percaya. Dia (Uqaira) masih seorang bayi dan perempuan pula itu. Tolong berhenti dengan gunakan anak. Dia (Uqaira) bayi perempuan,” tulisnya.

Uqasha turut berkongsi hantarannya di Instagram Story mengenai Kamal yang jarang memuat naik gambar dan video dirinya dan anak mereka di media sosial sehingga Uqasha perlu merakam dirinya sendiri untuk disimpan sebagai memori.

“Jika awak masih gunakan anak sebagai peluru, saya tidak akan berdiam diri. Dulu tak beria nak anak? Dulu tak beria memuat naik video atau gambar anak ? Siapa yang selalu muat naik video awak dengan anak ? Untuk tunjuk kepada dunia yang awak adalah seorang bapa yang penyayang. Awak ada tangkap gambar saya, anak dan muat naik di media sosial ? Saya perlu rakam sendiri diri saya untuk simpan sebagai memori,” tulisnya lagi.

Sementara itu, peguam Syarie yang mewakili Uqasha Senrose, Muhammad Syazmee Sapian memaklumkan pasangan terbabit dirujuk Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi proses rundingan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebelum prosiding seterusnya yang ditetapkan pada 18 Disember ini.

Terdahulu, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu, manakala prosiding pertama berlangsung pada 22 Oktober lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top