HAMAS pejuang pembebas Palestin, bukan Khawarij

HAMAS pejuang pembebas Palestin, bukan Khawarij



HAMAS (Harakah al-Muqawamah al-Islamiyyah) merupakan gerakan pejuang-pejuang pembebasan Palestin yang berasal dari idea Ikhwan Muslimin Mesir. Ia juga dikenali sebagai Ikhwan Muslimin cawangan Gaza, ditubuhkan pada 1987 sejurus selepas tercetusnya intifadah yang pertama.

Tuduhan kononnya Ikhwan Muslimin sebagai kelompok Khawarij dan kononnya membawa fikrah ekstremisme, sedikit sebanyak memberi kesan kepada reputasi HAMAS di Palestin. Hal ini kerana memandangkan, mereka saling bersambung sanad perjuangan antara satu sama lain.

Yang menjadi persoalan, sekiranya umat Islam sedunia termakan momokan bermotif Islamofobia tersebut, bukankah Israel yang paling untung? Apatah lagi pembawa kepada naratif itu dilihat memiliki kecenderungan terhadap negara Arab yang beria-ia terlibat dalam penganjuran program normalisasi Israel.

Justeru tidak kiralah menggunakan kosmetik dan alasan apa sekalipun, umat Islam hari ini sedang didorong untuk bersekutu dengan siapa sebenarnya?

USTAZ ABDUL MU’IZZ MUHAMMAD
9 Oktober 2023 – HARAKAHDAILY 9/10/2023

Advertisement



Scroll to Top