Hampir pasti! Neelofa & PU Riz dipercayai bakal bersanding di The St. Regis KL

Nampaknya semakin kencang ura-ura berkenaan hari bahagia buat selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Nor, 33 dan pendakwah muda PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris bin Mohd Ismail, 26.

Menurut makluman yang sedang bertebaran di media sosial, Neelofa dan PU Riz dipercayai akan mendirikan rumah tangga pada Jumaat ini iaitu 26 Mac 2021 dan bersanding pada 27 Mac 2021.

Lebih menguatkan lagi dakwaan tersebut, seorang wartawan telah memuat naik status di Twitter memberi bayangan bahawa majlis meraikan pasangan ini  akan berlangsung di The St Regis Kuala Lumpur.

Ini bermakna khabar angin yang bertebaran sejak beberapa hari kebelakangan ini hampir tepat dan masing-masing sedang menanti momen bahagia buat pasangan tersebut.

Rata-rata warganet telah meninggalkan komen di posting yang dibuat oleh wartawan sukan itu dengan berseloroh berkenaan tindakkannya yang dilihat seakan tersalah ‘department’.

Rasanya pelbagai hint telah didedahkan netizen berkenaan perkahwinan pasangan ini walaupun masing-masing langsung tak membuka mulut berkenaan isu perkahwinan.

Semoga urusan mereka untuk mendirikan rumah tangga dipermudahkan dan pastinya menghadirkan kegembiraan buat para peminat pasangan selebriti terkenal ini.

Sumber: zulhelmizainal1