Selepas membuka tirai di Johor, kini giliran Pulau Pinang menyemarakkan Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025) menerusi Melodi Terhangat Superstar Tour, jelajah eksklusif yang membawa barisan pencalonan terhangat ke tiga negeri utama.
Bukan sekadar malam terhangat, AMT2025 kini lebih dekat dengan rakyat, berkongsi suasana, semangat dan kemeriahan bersama peminat seluruh negara!
Sebagai lokasi kedua Melodi Terhangat Superstar Tour, jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri kehangatan AMT2025, esok (Sabtu), 19 Julai 2025!
AEON Mall Bukit Mertajam bakal menjadi tumpuan apabila barisan artis paling hangat seperti Amyra Rosli, Hael Husaini, Aman Aziz, Raden Zaharatul, Puteri Khareeza dan Zarif Ghazzi turun padang untuk sesi meet & greet bersama peminat. Ambil gambar bersama selebriti, rebut hadiah menarik dan saksikan persembahan eksklusif secara langsung!
Sebagai Penaja Bersama dan Rakan Kereta Rasmi AMT 2025, PROTON turut menghangatkan jelajah ini dengan kehadiran model terbaharu mereka, All-New PROTON X50.
Pengunjung boleh melihat lebih dekat,dengan membuat pre-booking tempahan secara terus di lokasi jelajah. Lebih menarik, ini juga merupakan peluang keemasan untuk menyertai kempen Anugerah Pilihan PROTON X50 Superstar, di mana seorang pemenang bertuah bakal membawa pulang sebuah All-New PROTON X50 serba baharu!
Melodi Terhangat Superstar Tour bukan sekadar promosi anugerah, ia merupakan sebuah perayaan budaya pop Malaysia yang diraikan secara langsung.
Jelajah ini membawa kehangatan dan kemeriahan AMT2025 terus kepada peminat di luar Lembah Klang, dengan pengalaman yang penuh warna, penuh tenaga dan sarat makna.
Untuk info lanjut tentang barisan selebriti yang akan turut serta, aktiviti lokasi dan kejutan yang menanti, orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini di media sosial rasmi @TV3Malaysia dan @MelodiTV3. Melodi Terhangat Superstar Tour membuktikan, bila pentas hiburan turun padang, rakyatlah yang jadi tumpuan!