mohamadridzuan@hmetro.com.my
Petaling Jaya : Pelakon Yasmin Hani atau Hani memaklumkan mengamalkan sikap profesional yang tinggi apabila berlakon sebagai pasangan suami isteri dengan bekas adik iparnya, Qi Razali dalam filem Pemuja.
Hani, 47, berkata, ia bukan perkara asing kerana mereka pernah digandingkan dalam sebuah drama sebelum ini.
“Drama itu pun sebagai suami isteri, bermadu dengan Erra Fazira.
Masa itu saya masih lagi bergelar isteri kepada abangnya (Shahrin Razali).
“Dalam drama itu, ada adegan kita bersanding juga. Kita macam kekok. Anak saya tengok pun siap tanya kenapa saya kahwin dengan acik (Qi) dan saya jawab ia hanya lakonan,” katanya yang ditemui pada Malam Gala filem Pemuja terbitan Metrowealth di GSC The Starling Mall, semalam.
Menerusi filem Pemuja, Qi sebagai Aqil membawa Qistina (Hani) dan anak mereka, Laila berpindah ke rumah pusaka di kampung akibat masalah kewangan dan tragedi keluarga.
Hani berkata, perasaan kekok masih lagi ada, namun dia tidak melayaninya.
“Dia ada nak keluar saja (perasaan kekok) saya tak nak layan sebab saya kenal Qi dulu sebelum kenal Shahrin. Dia adalah kawan.
“Saya dah kenal dia, dah pernah jumpa mak dia, saudara-mara dia, dulu I kenal sebelum Shahrin. Shahrin adalah orang terakhir yang saya kenal dalam keluarga ini.
“Jadi tak ada rasa macam terlampau kekok sangatlah. Ada juga sedikit tapi kita keraskan perasaan itu,” katanya.
Sebagai pasangan suami isteri, terdapat juga babak Qistina berbaring dipangkuan Aqil dan Hani berkata, ia bukan teknik kamera dan betul-betul dilakukan.
“Baring… baringah. Baring betul-betullah. Jadi macam, ‘oh my God’. Okeylah, buat sajalah.’ Kan rasa macam… ‘Ehh, kau (pengarah) nak macam ini juga ke?
“Okey.’ Kita melawaklah dekat set, ini bekas ipar aku tau. Kau ni memang memang sengaja eh. Kau dah tahu, kau bagi dia jadi laki aku. Tapi tak apa, okeylah.
“‘Scene’ yang menampar Qi itu pun ‘real’ tahu. Sakit tangan saya,” katanya.
Filem yang turut menampilkan Maria Farida, Namron dan Hilal Azman ini akan mula ditayangkan di pawagam esok.
© New Straits Times Press (M) Bhd




