Pelakon dan usahawan terkenal, Fazura sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila memuat naik perkongsian penuh makna menerusi platfrom Threads miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, Fazura atau nama lengkapnya, Nur Fazura Sharifuddin seakan menyentuh mengenai sikap segelintir wanita yang memilih untuk ‘mengunci mulut’ tatkala berdepan situasi tertentu.
Menerusi hantaran ringkas itu, Fazura berkongsi satu kenyataan berbunyi, ‘Tinggalkan perempuan yang pendiam. Sebelum anda mengetahui sebab dia mengecilkan kelantangan’.
Bagaimanapun, hantaran tersebut turut menarik perhatian ramai, termasuk pereka fesyen duo terkenal tanah air, Fiziwoo yang turut meninggalkan komen cukup ‘tajam’ namun relevan.
“Dia diam sebab jika dia bercakap nanti 10 kumpulan sembang akan ke mod panik,” balasnya.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet bersetuju dan kenyataan yang dimuat naik pelakon Gol & Gincu itu, sekaligus memuji tindakannya selama ini dilihat sangat profesional.