Hantaran Jefri Nichol Bersama Ameera Khan Raih Perhatian

Hantaran Jefri Nichol Bersama Ameera Khan Raih Perhatian

Kekasih kepada pempengaruh terkenal, Ameera Khan mengundang perhatian ramai apabila berkongsi moment romantis mereka berdua.

BACA: Ameera Khan Akui Tak Kesah Lihat ‘Babak Panas’ Kekasih Dalam Filem

Dalam perkongsian itu, Ameera dilihat duduk di riba Jefri Nichol sambil berpelukan dan dia telah dikucup di pipi.

“I love you my baby. Always have and always will” – Ameera Khan

Bersama hantaran itu, Jefri turut menyertakan beberapa foto dan video kenangan manis di antara mereka.

Selebriti terkenal dari Indonesia tersebut turut meluahkan rasa cinta dan penghargaan terhadap Ameera tidak terhad pada 14 Februari sahaja.

Di ruangan komen, Ameera membalas, “I love you my baby. Always have and always will” dengan emoji merah hati.

Netizen terkejut tengok Jefri dan Ameera

Netizen bagaimanapun kurang senang dengan perkongsian terlalu ‘terbuka’ itu dan menegur Ameera Khan.

Mereka memetik nama kakak Ameera iaitu selebriti popular, Neelofa yang kerap menyampaikan perkongsian ilmu.

ameera khan

Para peminat turut meluahkan rasa kecewa melihat selebriti media sosial kegemaran mereka bertindak sedemikian.

ameera khan

Namun, jika dibandingkan dengan netizen Malaysia, netizen Indonesia lebih terbuka dan memuji pasangan ini seperti ‘pinang dibelah dua’.


Scroll to Top