Hantaran lama penyanyi Dolla, Sabronzo, bersama DJ antarabangsa terkenal, Dash Berlin, kembali menjadi sorotan netizen selepas tular foto perkahwinan yang didakwa milik mereka sejak semalam.
Menerusi perkongsian bertarikh 2 Mei 2023 di Instagram, Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli berkongsi momen ketika menghadiri Pinkfish Festival yang memperlihatkan dirinya dirangkul mesra oleh Dash Berlin.
Susulan tersebarnya gambar perkahwinan yang dikatakan berlangsung di Bali, Indonesia, ruangan komen pada hantaran tersebut kembali ‘diserbu’ netizen yang mula membuat pelbagai spekulasi mengenai hubungan mereka.

Malah, ada yang mendakwa wajah pasangan dalam foto perkahwinan itu seiras dengan Sabronzo dan Dash Berlin, sekali gus menghangatkan lagi teka-teki dalam kalangan peminat.
Bagaimanapun, sehingga kini kedua-dua pihak masih belum tampil membuat sebarang pengesahan rasmi mengenai perkara tersebut.
Artikel Berkaitan: Foto Majlis Perkahwinan Ala Barat Tular? Sabronzo Dolla Didakwa Sudah Berkahwin




