Pelakon Nadia Brian terpaksa melupakan hasratnya untuk membawa hubungan cinta bersama usahawan Nedim Nazri ke arah yang lebih serius kerana disahkan sudah berpisah.
Hubungan cinta berakhir
Screenshot
Memetik laporan mStar, Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 35, berkata hubungan yang terjalin selama dua bulan itu berakhir lebih awal dan dia menerima ketentuan tersebut dengan hati terbuka. Tambahnya, dia tidak mahu terlalu hanyut dalam kesedihan memandangkan perkenalan mereka masih di peringkat awal.
“Kami sudah tidak ada apa-apa. Saya anggap hubungan kami ini tidak ada jodoh. Nak buat macam mana kan?
“Sebelum Ramadan lagi hubungan kami sudah putus. Sepanjang dua bulan perkenalan, saya anggap ia sesuatu yang menyeronokkan. Namun sudah ditakdirkan tiada jodoh,” kata Nadia, baru-baru ini.
Walaupun hubungan itu tidak berkekalan, perpisahan mereka berlaku secara baik tanpa sebarang konflik. Nadia dan bekas kekasihnya yang dikenali sebagai Bossned juga masih saling mendoakan antara satu sama lain.

“Kami pun putus secara baik. Saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dia, termasuk juga dia yang doakan untuk kebahagiaan saya,” jelasnya.
Dalam pada itu, Nadia turut menjelaskan mengenai beberapa perkongsiannya di aplikasi Threads yang didakwa berbaur sindiran terhadap Nedim. Menurutnya, hantaran tersebut bersifat umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa secara khusus.
“Saya tidak ada pun perli di Threads. Hantaran itu bukan berniat begitu,” terangnya.
Meskipun sekali lagi berdepan kegagalan dalam percintaan, Nadia menegaskan perkara itu bukan penamat dan dia tidak serik untuk membuka hati pada masa akan datang.
Screenshot
“Walaupun saya sudah solo dan putus cinta, namun saya tidak akan serik untuk bercinta lagi. Saya tidak rasa trauma pun,” tambahnya lagi.
Artikel lain: Nadia Brian akur jika cinta dengan Nedim Nazri tak kesampaian – “Kalau tiada jodoh tiadalah”
Kini, Nadia memilih untuk memberi fokus sepenuhnya kepada kerjaya seni selain meluangkan lebih banyak masa berkualiti bersama keluarga tersayang.
Sumber: mStar (Nazrin Zulkafli)




